Teknologi penglihatan malam Penglihatan_malam

Filem tentang penciptaan teknologi penglihatan malam untuk tentera AS, 1974

Teknologi penglihatan malam boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:

Penguatan imejTeknologi penguatan imej berfungsi atas prinsip membesarkan jumlah foton yang diterima dari pelbagai punca semula jadi seperti cahaya bintang atau bulan. Contoh: kaca mata malam dan kamera cahaya rendah.Pencahayaan aktifTeknologi pencahayaan aktif berfungsi atas prinsip penggabungan teknologi penguatan imej dengan punca pencahayaan yang aktif dalam jalur hampir inframerah (NIR) atau inframerah gelombang dekat (SWIR). Contoh: kamera cahaya rendah.Pengimejan habaTeknologi pengimejan haba berkesan dengan mengesan beza suhu antara benda di latar depan dan belakang. Sesetengah hidupan mampu mengesan imej haba yang kasar dengan organ istimewa yang berfungsi sebagai bolometer. Kemampuan ini membolehkan ular untuk mengesan inframerah haba yang berfungsi dengan mengesan sinaran haba.